BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 17, 2009

Menyintai tidak semestinya memiliki....


Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

9 comments:

alya said...

muke korg same la..da mcm adek ngn abg..erm..kate org ade jodoh 2..huhuhu..neway..harap kekal sampai akhir hayat..

norraien said...

ehem ehem..
neyh la bf tuh hea..
agagaga..;p

NazzNazza said...

hehehe...2 r tuh.....

NazzNazza said...

hehe..tanx alya....hrp2 la kn...

mysz nuruliey said...

hopefully my sis!

NazzNazza said...

tanx adeekk....hehe..

alya said...

kalo ade jodoh x kemane la..cepat2 a kawen..he3

NazzNazza said...

bak cni dwet alya...heheheh...

alya said...

hihihihi..kte x de dwet da kak naza..da miskin nie..